Ketua Penolong Pengarah Kanan. Planetarium Negara, YBrs. Encik Mohd Zamri Shah bin Mastor berkata, melalui inisiatif program ini ‘Stesen radio amatur di Planetarium Negara merupakan satu-satunya stesen radio amatur di Malaysia yang diberikan kebenaran untuk menghubungi angkasawan di ISS sejak pelancaran Angkasawan Negara yang pertama pada 2007.
Seramai 10 orang pelajar berpeluang berkomunikasi secara langsung bersama Angkasawan NASA Sunita Williams yang berada di Stesen Angkasa Antrabangsa (ISS) melalui Stesen Radio Amatur, Planetarium Negara pada pukul 7.55 malam tadi.
Program ISS CONTACT 2024 ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan teknologi angkasa dan juga dapat mempelajari tentang kehidupan angkasawan di ISS. Program tersebut juga menyokong inisiatif perkukuhan program pembudayaan Sains, Teknologi, dan Inovasi (STI) dan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) iaitu memanfaatkan Sains, Teknologi dan Inovasi untuk transformasi sosio-ekonomi dan pertumbuhan inklusif.