Seramai 350 nelayan di sekitar Tok Bali hadir ke Program Komuniti MADANI Nelayan Digital yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Penempatan Semula Nelayan Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan pada 7 Ogos 2025. Program satelit MOSTI sempena Program MADANI Rakyat 2025 Kelantan ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
.
Selaras dengan inisiatif pembangunan masyarakat menerusi teknologi, program bertujuan menyebarluaskan dan memperkasakan penerimagunaan Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan atau Fish Site Identification System (FSI) kepada komuniti nelayan, khususnya kepada kumpulan sasar di Tok Bali iaitu:

pengusaha-pengusaha baharu / nelayan-nelayan baharu perikanan laut dalam; dan

nelayan-nelayan pantai yang diperkenalkan dengan modul penentuan lokasi tangkapan ikan pesisir pantai (Modul PFZ Pesisir).
.
Sejak pengoperasian pada tahun 2011, sistem FSI yang berteraskan teknologi angkasa ini telah memberi manfaat kepada lebih 30,000 nelayan di seluruh negara.
Penggunaan sistem telah membantu nelayan meningkatkan hasil tangkapan ikan sebanyak 30 hingga 50%, menjimatkan masa operasi serta mengurangkan kos bahan api bagi operasi atau perjalanan di laut.
.
Pengisian program termasuk sesi pertukaran dokumen kerjasama Projek FSI antara (MYSA), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT); Taklimat dan Demonstrasi Sistem FSI oleh MYSA; Taklimat Aktiviti Industri Perikanan Malaysia dan Komuniti Nelayan oleh Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT); dan Taklimat Skim Perlindungan Kelompok untuk Nelayan dan Manfaat oleh NEKMAT, pameran MYSA, DOF, LKIM dan NEKMAT; dan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Puteh.
.
Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) untuk Kesejahteraan Rakyat.