Program Kerjasama Teknologi di antara Malaysia dan Turkiye

YBrs. Ketua Pengarah MYSA, Tuan Haji Azlikamil bin Napiah telah berpeluang menghadiri Program Kerjasama Teknologi di antara Malaysia dan Turkiye pada 19 – 22 September 2022 di Ankara, Turkiye. Jalinan kerjasama di antara MYSA dan TUBITAK Uzay di dalam sektor angkasa akan terus diperkasa seiring pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030, khususnya melibatkan teras ke 5 dasar yang memfokuskan kerjasama strategik di peringkat antarabangsa dalam pembangunan teknologi berkaitan angkasa. Semoga dipermudahkan Allah segala perancangan.