MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT DI PERPUSTAKAAN MYSA PADA 24 APRIL 2025
Menyokong inisiatif Perpustakaan Negara Malaysia untuk bersama-sama meningkatkan budaya membaca – ini penting dalam aspek life long learning dan melahirkan rakyat Malaysia sebagai masyarakat membaca dan berilmu pengetahuan. 📚📖
.
Warga kerja Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menjayakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit pada 24 April 2025 bertempat di Perpustakaan MYSA, Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur. Bertemakan ‘Nikmati Saat Ini’, antara pengisian program seperti perkongsian ulasan buku yang dibaca, pengumuman pengunjung setia perpustakaan dan peminjam terbanyak perpustakaan MYSA. 🤝
Skip to content