Warga kerja Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bersama-sama menjayakan Program “Jom Baca Bersama untuk 10 Minit” Peringkat MYSA pada 27 April 2026 di Perpustakaan MYSA, Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur, bersempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.

.
Program telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Samsuddin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan), mewakili Ketua Pengarah MYSA.
.
Mengangkat tema “Membaca Membina Bangsa”, inisiatif ini mencerminkan komitmen MYSA dalam memperkukuh budaya membaca sebagai asas pembangunan ilmu dan pemikiran kritis dalam kalangan warga kerja. Dalam dunia yang dipacu maklumat, keupayaan membaca, memahami dan menilai informasi merupakan kunci kepada kemajuan dan kecemerlangan organisasi.
.
Pelbagai pengisian menarik turut disusun, termasuk sesi perkongsian ulasan buku, pengumuman pengunjung setia perpustakaan serta peminjam terbanyak Perpustakaan MYSA.

