MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Perpustakaan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menganjurkan Program Jom Baca Bersama 10 Minit atau Let’s Read Together for 10 Minutes, bertempat di Perpustakaan MYSA. Program ini diadakan bersempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut pada 21 April setiap tahun dan sambutan tahun ini adalah bertemakan ‘Bangkit Baca dan Bersyukur”.
.
Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan MYSA, En Adnan Bin Ismail. Warga MYSA juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta menjayakan program Jom Baca Bersama 10 Minit ini dengan mengambil peluang melalui sesi pembacaan dan perkongsian ulasan buku.
.
Semoga Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit ini dapat dijadikan sebagai amalan serta dapat memupuk budaya membaca dan berilmu pengetahuan di kalangan rakyat Malaysia, khususnya untuk warga MYSA.
.
 
.
 
 
Skip to content