Menimba ilmu baru dan berkongsi rasa melalui Program Jalinan Kasih yang dianjurkan oleh PUSPANITA Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), selaku Biro Kebajikan dan Kesukarelawan PUSPANITA Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ke Penjara Wanita Kajang (PWK) pada 11 Jun 2024.
.
Lawatan diketuai oleh YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), MOSTI merangkap Timbalan Pengerusi PUSPANITA MOSTI.
.
Lawatan antara lain bertujuan untuk jalinan kerjasama serta memberi pendedahan kepada warga PUSPANITA MYSA akan peranan, tugas dan tanggungjawab serta sumbangan PWK dalam memberi bantuan pemulihan yang berkesan kepada penghuni penjara.
.
Semasa lawatan, taklimat ringkas mengenai pengoperasian penjara telah disampaikan oleh Puan Suefarinawathy binti Affendi, Penguasa Penjara bersama-sama dengan Puan Nazirah binti Md Nawi, Ketua Inspektor.
.
Rombongan seramai 30 orang ini telah dibawa melawat Bengkel Spa Dalam, Bengkel Jahit dan Sekolah Integriti Wanita Kajang (SIWK). Terdapat pameran-pameran yang mempromosikan produk-produk penjara seperti batik, makanan sejuk beku, aneka kek dan hasil kraf tangan.