Lima (5) ekor lembu korban telah disembelih dan diagihkan dalam Program Ibadah Korban Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). Program anjuran Kelab Sukan dan Sosial MYSA (MYSAC) dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah berlangsung di Kompleks Teknologi Angkasa (KTA), MYSA, Banting, Selangor pada 10 Jun 2024.
.
Antara pengisian program ialah gotong-royong melapah, memotong, menimbang dan memasak. Daging korban telah diagihkan kepada Pusat Tahfiz As-Solihin, Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Kanchong Darat, Banting; Maahad Tahfiz Ihya’ Al-Ahmadi, Sungai Kelambu, Banting; Pertubuhan Rumah Anak Yatim/Miskin Daerah Kuala Langat, Sungai Buaya, Banting; kariah surau berdekatan dan kakitangan MYSA.
.
Penghargaan terima kasih kepada YaPEIM, rakan kerjasama yang turut menyumbang dan menjayakan program ini. Moga ibadah ini dapat meningkatkan kefahaman tentang erti sebenar pengorbanan, keikhlasan, kasih sayang dan ukhwah sesama insan.