Program Hari Inovasi MYSA 2026 telah berjaya dianjurkan pada 16 Oktober 2026 (Jumaat) sebagai platform tahunan bagi memperkukuh budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga MYSA, selaras dengan aspirasi sektor awam ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan berimpak tinggi.
Antara pengisian utama ialah ceramah bertajuk “Innovative Design Thinking in the Era of AI” yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Samsuzana Abd Aziz dari Universiti Putra Malaysia (UPM), yang memberikan pendedahan mengenai pendekatan pemikiran reka bentuk (Design Thinking) serta pemanfaatan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam penjanaan idea dan pembangunan inovasi.
Secara keseluruhannya, program ini diharap dapat meningkatkan kreativiti, menggalakkan penghasilan idea inovatif serta memperkukuh budaya inovasi ke arah peningkatan produktiviti dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan MYSA.