Turun padang pasukan pameran Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) pada 25 Januari 2025 ke Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak bersempena Program e-Tanah Negeri Perak.
.
Program dianjurkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak. Pihak kami amat berbesar hati menerima kunjungan YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak ke reruai MYSA.
.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah hadir ke reruai MYSA. Moga penerangan yang diberikan dapat sama-sama kita tingkatkan pemahaman, minat dan penguasaan terhadap teknologi angkasa.