Pocket Talk di pentas The A.T.M.O.S Sphere, LIMA2025 pada 22 Mei 2025. Encik Wan Muhd Azran bin Muhamad Zuki, Pegawai Penyelidik di Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), telah menyampaikan pocket talk bertajuk Unlock the Potential: Space Application in Action towards SDGs.
.
Pembentangan ini mengetengahkan peranan sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), dengan fokus kepada:

Landskap semasa teknologi angkasa

Pemetaan teknologi angkasa kepada SDGs

Kajian kes serta impak penggunaan sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa

Cabaran dan hala tuju ke hadapan
.
Teknologi angkasa bukan sekadar untuk eksplorasi, tetapi sebagai pemacu kepada kemampanan dan kelestarian bumi.