MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MAJLIS PERTUKARAN MEMORANDUM KERJASAMA MYSA-JAXA DI TOKYO PADA 16 DISEMBER 2023
Satu majlis pertukaran Memorandum Kerjasama dalam Pembangunan dan Aplikasi Angkasa antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA) telah diadakan di Pejabat Perdana Menteri Jepun di Tokyo pada 16 Disember 2023.
 
Sesi ini telah disempurnakan oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dan YBrs. Dr. Yamakawa Hiroshi, Presiden JAXA dan disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan TYT Fumio Kishida, Perdana Menteri Jepun.
 
Sesi pertukaran dokumen ini merupakan salah satu pengisian program Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri Malaysia ke Jepun bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun Sempena Ulang Tahun Hubungan ke-50.
 
Pemeteraian memorandum kerjasama di peringkat antarabangsa ini menandakan kejayaan Malaysia dalam mencapai kesemua sasaran jangka pendek Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030 (MSE2030).
 
Terdahulu, satu sesi taklimat kepada YAB Perdana Menteri telah diadakan sebagai persediaan program lawatan kerja tersebut.
Skip to content