


PROGRAM
Satu pertandingan peringkat kebangsaan untuk para pelajar sekolah rendah dan menengah dalam melakukan eksperimen berteraskan sains, teknologi dan inovasi (STI) dan rakaman dilakukan dirumah.
OBJEKTIF
- Meningkatkan kesedaran dan minat para pelajar terhadap STI
- Menerapkan pembudayaan inovasi dan kreativiti di kalangan rakyat Malaysia terutama para pelajar.
KATEGORI PENYERTAAN
Kategori 1 : sekolah rendah pelajar sekolah berumur 7- 9 tahun
Kategori 2 : sekolah rendah pelajar sekolah berumur 10 -12 tahun
Kategori 3 : sekolah menengah pelajar sekolah berumur 13 -16 tahun
SYARAT PERTANDINGAN
- Setiap penyertaan mestilah menepati tema/ tajuk yang diberikan (Science for Life)
- Penyertaan video pendek perlu disertakan Nama dan Tajuk.
- Video yang dihasilkan mesti mengikut durasi yang ditetapkan iaitu tidak melebihi 3 minit.
- Video pendek adalah merupakan hasil karya sendiri dan aktiviti yang dirakamkan adalah dilaksanakan di rumah.
- Video perlulah mempunyai penerangan ringkas berkaitan aktiviti/eksperimen sains yang dijalankan.
- Penyertaan adalah dibenarkan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
- Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia kecuali kakitangan & ahli keluarga MYSA
- Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
- Peserta mestilah menggunakan peralatan merakam sendiri sama ada menggunakan telefon pintar /perakam video untuk menghasilkan video di mana elemen lakonan atau unsur-unsur lain berdasarkan kreativiti masing-masing adalah dibenarkan.
- Kos penyertaan pertandingan ditanggung oleh peserta.
- Format video yang ditetapkan adalah *.mov, *.avi dan *.mp4 sahaja.
HAK CIPTA/COPYRIGHT VIDEO
• Peserta akan tetap memegang hak-cipta video yang dihantar untuk pertandingan ini dan hanya dibenarkan berkongsi video yang dihantar selepas pertandingan tamat.
• Melalui penyertaan pertandingan ini, peserta memberi kebenaran kepada MYSA\MOSTI untuk menggunakan, mengolah, mengubahsuai dan menerbitkan semula video-video tersebut. Kredit nama peserta akan dipaparkan jika bersesuaian.
KRITERIA PENGHAKIMAN
- Keseluruhan video yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skema pemarkahan yang berikut:
i) Eksperimen yang dilakukan= 40 markah
ii) Kreativiti = 40 markah
iii) Kesesuaian dengan tema = 10 markah
iv) Undian atas talian = 10 markah
- Semua keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
- Semua video/laporan penyertaan yang diterima oleh pihak Urusetia menjadi hakmilik Urusetia dan Urusetia boleh menggunakan video-video penyertaan tersebut untuk apa-apa tujuan
- Urusetia berhak menolak sebarang penyertaan yang melanggar peraturan dan mengubah sebarang syarat yang dirasakan perlu dari masa ke semasa.
PENGHANTARAN/SUBMISSION
- Setiap penyertaan hendaklah dihantar melalui emel kepada urusetia Minggu Sains Negara: sdiy_msn@localhost
- Bagi video bersaiz besar, peserta bolehlah memuatnaik video tersebut di laman sesawang cloud seperti dropbox, dan link tersebut dinyatakan di dalam emel.
- Sepuluh (10) aktiviti/eksperimen sains dirumah yang terbaik bagi setiap kategori akan dipilih untuk dimuatnaik ke laman sosial MYSA dan MOSTI.
TARIKH
- Semua penyertaan hendaklah dikemukakan kepada pihak Urusetia selewat-lewatnya pada 18 Oktober 2020 sebelum jam 12.00 tengah malam.
- Penyertaan yang diterima selepas tarikh penutupan akan ditolak.
- Penghakiman bermula dari 19 hingga 23 Oktober 2020 dan undian secara online di Socmed adalah dari 24 hingga 26 Oktober 2020.