MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Pertandingan mewarna Sempena Minggu Sains Negara (MSN) KELUARGA MALAYSIA 2022

POSTER MEWARNA MSNKM2022

PENGENALAN

Pertandingan mewarna ini diadakan sempena Minggu Sains Negara (MSN) Keluarga Malaysia 2022 yang bertemakan “Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi” dan akan diadakan sepenuhnya secara dalam talian. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kepentingan sains bagi pembangunan modal insan serta membudayakan sains di kalangan rakyat Malaysia melalui pertandingan mewarna. Sebanyak tiga (3) kategori pertandingan mewarna akan di pertandingkan.

MUAT TURUN LAKARAN (LUKISAN) MENGIKUT KATEGORI

TEMPOH PERTANDINGAN

Terima kasih kami ucapkan atas penyertaan adik-adik bagi pertandingan mewarna MSNKM 2022.
.
Memandangkan bilangan penyertaan yang diterima sangat menggalakkan, pihak kami telah meminda tarikh penilaian seperti yang tertera.

  • Tarikh Pertandingan : 18 Julai – 18 Ogos 2022
  • Tarikh Akhir Penyertaan Diterima: 18 Ogos 2022 (TELAH DITUTUP)
  • Tarikh saringan: 5-9 September 2022 12-30 SEPTEMBER 2022 
  • Tarikh Penilaian oleh Juri Profesional : 12-18 September 2022 3-7 OKTOBER 2022
  • Tarikh undian ‘Like’ di Fb MYSA : 19-25 September 2022 10-16 OKTOBER 2022
  • Tarikh Pengumuman Pemenang : September 2022 25 OKTOBER 2022
𝗙𝗜𝗡𝗔𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗪𝗔𝗥𝗡𝗔 𝗠𝗦𝗡𝗞𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟮
 
 
Terima kasih kami ucapkan atas penyertaan yang amat menggalakkan dari adik-adik dalam Pertandingan Mewarna sempena Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia (MSNKM) 2022 anjuran Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
.
Pemilihan 10 hasil mewarna terbaik untuk setiap kategori telah diadakan pada 7 Oktober 2022 oleh juri dari Balai Seni Negara.
 
👏👏Tahniah kami ucapkan kepada peserta yang berjaya mara ke pusingan akhir.
Undian “Like” di FB Page MYSA dibuka dari 𝟭𝟬 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟭𝟲 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟮
 
Nantikan pengumuman pemenang pada 25 Oktober 2022 nanti😍
Pindaan tarikh mewarna 2022

SYARAT PENYERTAAN

  1. Pertandingan ini adalah PERCUMA dan terbuka kepada kanak-kanak berumur dari 5 tahun  ke 12 tahun;
  2. Peserta hendaklah memuat turun lukisan tersebut yang bersaiz A4 dan mewarnakannya. Penggunaan pensel warna sahaja dibenarkan.
  3. Ahli keluarga / penjaga / guru-guru tidak dibenarkan membantu peserta. Penyertaan akan dianggap BATAL sekiranya didapati berbuat demikian.
  4. Hanya lakaran (lukisan) yang diperoleh dari Portal MYSA akan dinilai.
  5. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat ditetapkan.
  6. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar SATU penyertaan sahaja.
  7. Peserta hendaklah menulis Nama, No Mykid dan Nama Sekolah di bahagian belakang kertas pertandingan dengan jelas.
  8. Kertas pertandingan mewarna yang LENGKAP hendaklah dihantar kepada pihak penganjur melalui pihak sekolah masing-masing sama ada secara pos atau menghantar terus ke Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur. Penghantaran secara individu TIDAK akan dilayan sama sekali.
  9. Pihak sekolah hendaklah mengisi Senarai Peserta Pertandingan (muat turun fail dalam format Ms Excel) bagi tujuan penyediaan e-sijil dan menghantarnya ke alamat emel berikut mewarna_msn@localhost.
  10. Senarai peserta (dihantar melalui emel) DAN kertas pertandingan mewarna hendaklah diterima oleh MYSA selewat-lewatnya pada 18 OGOS 2022 ke alamat berikut:

Urus setia Pertandingan Mewarna MSNKM 2022
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)
No. 13, Jalan Tun Ismail
50480 KUALA LUMPUR

KRITERIA PENILAIAN

  1. Lukisan diwarnakan sepenuhnya (siap dan lengkap) dengan menggunakan pensel warna sahaja;
  2. Warna logo atau bendera (sekiranya ada) hendaklah betul dan tepat;
  3. Peserta boleh mewarna dan mengolah lakaran mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing dan warna hendaklah terang dan bersih.
  4. Pemenang akan dinilai berdasarkan penilaian juri profesional dari Balai Seni Negara. Hasil penyertaan yang terbaik dan disenarai pendek oleh juri akan dimuatnaik di Facebook MYSA untuk mendapatkan undian like.
  5. Hasil lukisan adalah menjadi hak milik penganjur. Keputusan juri adalah MUKTAMAD dan sebarang bantahan, pertikaian atau rayuan tidak akan dipertimbangkan.

HADIAH

Hadiah berupa wang tunai beserta e-sijil penyertaan.

1) KATEGORI A (5-6 TAHUN)

2) KATEGORI B (7-9 TAHUN)

3) KATEGORI C (10-12 TAHUN)

Hadiah Pertandingan Mewarna 2022

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗠𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗪𝗔𝗥𝗡𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗠𝗦𝗡𝗞𝗠𝟮𝟬𝟮𝟮

Berikut merupakan senarai pemenang Pertandingan Mewarna Sempena Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia (MSNKM) 2022.

Mohon pihak sekolah untuk menghubungi urus setia di talian 03-2697 3400 bagi tujuan tuntutan hadiah.

👏🏼👏🏼🎉Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

E-sijil kepada peserta yang layak akan dihantar ke emel guru secara berperingkat. Sebarang pertanyaan berkenaan E-sijil, sila kemukakan melalui emel selepas 15 November 2022.

.
#mysa #mosti #sti #minggusainsnegara #msnkm2022 #pertandinganmewarna #merakyatkansainsmenginsankanteknologi #msnkeluargamalaysia2022
.

𝗞𝗔𝗧𝗘𝗚𝗢𝗥𝗜 𝗖 (𝟭𝟬-𝟭𝟮 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡)
𝗞𝗔𝗧𝗘𝗚𝗢𝗥𝗜 𝗕 (𝟳-𝟵 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡)
𝗞𝗔𝗧𝗘𝗚𝗢𝗥𝗜 𝗔 (𝟱-𝟲 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN:

Urus setia Pertandingan Mewarna MSNKM 2022
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)
No. 13, Jalan Tun Ismail
50480 KUALA LUMPUR

Emel: mewarna_msn@localhost

Skip to content