Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) berbesar hati menjadi rakan strategik Pertandingan Cabaran Sains Kebangsaan (NSC) 2026 anjuran Akademi Sains Malaysia (ASM) dalam memupuk minat generasi muda terhadap bidang STEM dan sains angkasa
.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada sekolah-sekolah yang berjaya menyahut cabaran saintifik bertemakan angkasa anjuran MYSA:
1.SMK Methodist ACS, Negeri Sembilan;
2.SMK Convent (M) Bukit Mertajam, Pulau Pinang;
3.SMK Desa Petaling, WPKL; dan
4.SMK Sultan Alam Shah, Putrajaya.
.
Sesi penyampaian cenderamata penghargaan telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Teknikal dan Pengoperasian) MYSA, sempena Majlis Penutup Peringkat Separuh Akhir NSC 2026 di Institut Kesihatan Negara (NIH), Setia Alam pada 5 September 2026.