MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PERTANDINGAN AKHIR PROGRAM JURUTERA ANGKASA MUDA PADA 17 OKTOBER 2024
Pertandingan akhir Program Jurutera Angkasa Muda sedang berlangsung di Kompleks Teknologi Angkasa, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Banting, Selangor, 17 Oktober 2024.
.
1,2,3 get set go! Pelancaran CubeSat ke udara setinggi 20 meter menggunakan dron.
.
Pagi ini menyaksikan 23 pasukan berentap menerusi demonstrasi fungsi CubeSat dan pembentangan analisis data yang diperoleh daripada pengoperasian CubeSat. Satelit CubeSat tersebut turut dinilai dari aspek pematuhan spesifikasi yang telah ditetapkan seperti saiz, berat dan fungsinya.
.
Program ini memberi pengalaman secara terus kepada pelajar mengenai tugas jurutera angkasa dalam membangunkan sebuah satelit.
.
Program merupakan anjuran MOSTI melalui MYSA bersama rakan kerjasama strategik SpaceIn Sdn Bhd dan Universiti Sains Malaysia (USM) sempena Minggu Sains Negara 2024 dan Minggu Angkasa Sedunia 2024.
Skip to content