MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PERSIDANGAN SPACE ECONOMY REVOLUTION: TRENDS, TECHNOLOGIES AND STRATEGIES DI LIMA 2025
Pakar-pakar sektor angkasa membicarakan trend, cabaran dan strategi di Persidangan angkasa Space Economy Revolution: Trends, Technologies and Strategies bertempat di Ballroom 1, Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi, Kedah, pada 22 Mei 2025, sempena LIMA 2025.
.
Persidangan – platform strategik bertukar pandangan mengenai tindakan keutamaan yang boleh diambil; merangka inisiatif untuk meningkatkan keupayaan dan kemampanan pembangunan teknologi angkasa; merangka pelaksanaan sasaran bagi petunjuk prestasi utama (KPI) dan meluaskan jaringan kerjasama.
.
Turut serta sepanjang pembentangan, YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
.
Barisan panelis:
▪️Tan Sri Dr. Mazlan Othman
(Senior Fellow of Academy of Sciences Malaysia)
Emerging Global Space Economy
▪️Stephane Vesval
(Senior Vice Président, Heads of Sales Space Systems, Airbus Defence and Space)
Strategic Policies and Global Cooperation
▪️Timofey Egorov
(Russian Cosmonaut Trainer at Yuri Gagarin Cosmonaut Training Center)
Talent, Education, and Workforce for the Space Economy
▪️Lt. Col. Ir. Khairul bin Ayop
(Head of Technical and Logistics, Global Turbine Asia)
Emerging Trends in the Space Economy
▪️Peter Heping, Huang
(Director of International Business Development, GalaxySpace)
Game-Changing Space Technologies
.
Malaysia kini serius untuk mengembangkan sektor angkasa sebagai kuasa ekonomi baharu negara.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️

 

Skip to content