MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PERSIDANGAN INDO-PACIFIC GEOINTELLIGENCE 2023 PADA 6 & 7 JUN 2023
YBhg. Brig. Jen. Datuk Abd Razak bin Sipit, Pengarah Bahagian Aplikasi Perisikan Pertahanan MYSA telah dijemput sebagai panel bagi sesi pleno bertajuk ‘Space Infrastructure and Geoint Strategy: A Way Forward’ dalam Indo-Pacific Geointelligence 2023 yang telah diadakan di Vivanta Hotel, Dwarka, New Delhi, India.
.
Persidangan yang telah berlangsung pada 6 dan 7 Jun 2023 ini diadakan bertujuan untuk membincangkan Infrastruktur Angkasa dan Strategi Geospatial yang membantu operasi dan sokongan ketenteraan dalam memantau, menilai dan menggabungkan risikan lokasi dalam membuat keputusan di peringkat tertinggi.
.
Turut serta dalam sesi ini adalah Dr. Shailesh Nayak, Director NIAS & Board member In-Space, India dan Mr. Arpan Sahoo, Co-founder & COO KaleidEO, India. Sesi ini telah dikendalikan oleh Mdm. Anamika Das, Vice-President, Product Management, Geospatial World.
Skip to content