MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

SESI PERKONGSIAN OLEH MYSA DI MAHA2024 PADA 17 SEPTEMBER 2024
Perkongsian daripada Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Encik Wan Muhd Azran bin Muhamad Zuki dan Puan Suhaida binti Aini di pentas Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang berlangsung pada 17 September 2024 mengenai:
▪️Sistem aplikasi Fishing Site Identification (FSI).
Tujuan untuk mengenal pasti lokasi-lokasi berpotensi untuk menangkap ikan
▪️Sistem Pengurusan Perikanan Bersepadu Berasaskan Teknologi Angkasa (MyDOFGiS).
Tujuan untuk pemantauan dan cerapan data perikanan, memudahkan pengurusan regulasi keselamatan makanan dan penyebaran informasi perikanan.
 
Kedua-dua sistem berteraskan teknologi angkasa ini memanfaatkan sepenuhnya kelebihan teknologi penderiaan jauh (remote sensing); Sistem Maklumat Geografi [Geographical Information System (GIS)]; Sistem Penentududukan Sejagat [Global Positioning System (GPS)]; dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi [Information and Communication Technology (ICT)].
.
Nelayan, pengusaha ladang akuakultur dan petani sudah menggunakan teknologi angkasa. Anda bila lagi? Teknologi angkasa untuk semua.
.
MAHA masih dibuka kepada pengunjung hingga 22 September ini. Jom sertai MAHA2024.
Skip to content