PERKHIDMATAN: PENGUJIAN GEMA AKUSTIK (REVERBERATION ACOUSTIC TEST) DI FASILITI AIT
Membuat simulasi bunyi yang dihasilkan oleh ekzos roket ketika roket dilancarkan.
Membantu mengesahkan kekuatan dan ketahanan satelit ketika dilancarkan ke angkasa.
Pengujian juga terbuka untuk kegunaan industri lain seperti Industri elektrik dan elektronik atau industri pertahanan yang memerlukan pengujian berjenis gema akustik.
Lokasi: Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit (AIT), Kompleks Teknologi Angkasa, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Banting, Selangor.