MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Perhimpunan Bulanan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi bulan September 2022 telah berlangsung secara hibrid pada 29 September 2022. Perhimpunan warga MYSA bersama YBrs. Azlikamil Bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA ini turut dihadiri timbalan-timbalan Ketua Pengarah dan pengarah-pengarah bahagian.
.
Antara intipati ucapan yang disampaikan oleh YBrs. Ketua Pengarah MYSA:
.
 kakitangan MYSA perlu perbaiki tadbir urus dan mengukuhkan fungsi MYSA. Pada masa yang sama MYSA telah diberi mandat untuk membentuk satu ekosistem teknologi angkasa yang perlu diterajui sehingga 2030.
.
 Dalam tempoh terdekat Pelan Tindakan Dasar Angkasa 2030 sedang dilaksanakan menjelang tujuh tahun lagi yang mengandungi lebih kurang 27 inisiatif dan 78 aktiviti.
.
 Kakitangan MYSA perlu meningkatkan penyelidikan dan pembangunan teknologi angkasa dengan idea dan kreativiti baru supaya boleh dimanfaatkan bagi memastikan penyampaian kerajaan di tahap optimum.
.
 Beliau juga berharap apabila teknologi mendapat permintaan tinggi, dan seterusnya dapat meningkatkan kepakaran tempatan dan seterusnya tidak bergantung kepada teknologi dan kepakaran asing menjelang 2030.
.
 Kakitangan MYSA diseru agar lebih peka terhadap keperluan di peringkat global dan merancang supaya dapat mengambil peluang dalam permintaan space economy/ ekonomi berasaskan teknologi angkasa bagi memperkasakan ekosistem angkasa supaya dapat menyumbang kepada ekonomi baru kepada negara.
.
Turut diadakan sesi penyampaian surat penyiaran pemangkuan, penyampaian sijil kepada wakil AKRAB MYSA, penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan dan penyerahan sumbangan kepada staf.
.
Beliau juga telah menyampaikan ucapan penghargaan kepada staf yang telah bersara wajib, mengalu-alukan kedatangan staf yang memulakan perkhidmatan di MYSA, dan ucapan tahniah kepada staf MYSA yang dianugerahkan pingat kebesaran baru-baru ini.
.
 
 
 
Skip to content