MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PERHIMPUNAN BULANAN MYSA BAGI BULAN OGOS 2023
Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah berlangsung secara hibrid pada 7 Ogos 2023 dan disempurnakan oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bersama warga kerja Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
.
YBrs. Ketua Pengarah MYSA dalam ucapannya menyeru pengurusan MYSA untuk merancang bagi meneroka potensi-potensi dalam teknologi angkasa selaras dengan Ekonomi Madani dan Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030 (MSE2030). Beliau juga telah mengumumkan penganjuran World Space Week oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui MYSA yang akan melibatkan pelbagai program menarik sepanjang bulan Oktober nanti serta berharap program-program ini akan memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia berkenaan manfaat teknologi angkasa.
.
Dalam majlis tersebut juga, YBrs. Ketua Pengarah MYSA telah menyampaikan sijil penghargaan, sijil penyertaan kursus dan penyampaian sumbangan insentif kelab MYSA kepada anak warga MYSA yang cemerlang dalam peperiksaan. Turut diadakan, tayangan montaj rangkuman aktiviti warga kerja MYSA sepanjang bulan Julai 2023 dan tayangan video ucapan selamat hari lahir kepada warga MYSA pada bulan Ogos 2023.
.
Majlis diakhiri dengan penyerahan bendera Malaysia oleh Ketua Bahagian ICT dan Geoinformatik kepada YBrs. Ketua Pengarah MYSA sebagai simbolik sambutan hari kemerdekaan, nyanyian lagu kemerdekaan dan kibaran Jalur Gemilang.
.
Skip to content