MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Perhimpunan Bulanan MYSA Mac 2023
Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah berlangsung secara hibrid pada 22 Mac 2023 dan disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Azlikamil Napiah, Ketua Pengarah MYSA bersama warga kerja Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
.
YBrs. Ketua Pengarah menyeru warga kerja MYSA supaya dapat menyuburkan inisiatif dan daya cipta khususnya dalam teknologi angkasa, meneroka elemen baru dan meningkatkan aspek penyelidikan, serta memperkasakan pelan komunikasi supaya rakyat mengetahui perkhidmatan yang diberikan dapat dimanfaatkan.
.
Majlis turut diserikan dengan sesi penyampaian sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), sijil penghargaan diatas sumbangan MYSA sepanjang Minggu Sains Negara dan ‘Program Upskilling for Deeptech & Futureskills’, sijil penyertaan pertandingan Futsal Piala Pusingan STI MOSTI dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Penjenamaan Semula ‘Networking Lounge’ Dan Pertandingan Mencipta Akronim Lembaga Angkasa Malaysia. YBrs. Ketua Pengarah MYSA juga telah menyampaikan ucapan tahniah kepada Encik Terence Jerome yang telah memenangi pingat gangsa di Malaysia Technology Expo 2023′ yang berlangsung baru-baru ini.
.
Di akhir ucapannya, YBrs. Ketua Pengarah mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga kerja MYSA. Ceramah agama dan bacaan Yasin sempena menyambut bulan Ramadhan turut diadakan selepas majlis perhimpunan bulanan.
.
Skip to content