MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Perhimpunan bulanan MYSA Bulan Januari 2023
 
YBrs. Tuan Haji Azlikamil Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menyampaikan amanat tahun baharu kepada warga MYSA semasa Perhimpunan Bulanan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) yang diadakan secara hibrid pada 13 Januari 2023 bertempat di Kompleks Teknologi Angkasa, Banting.
.
YBrs. Ketua Pengarah telah menyenaraikan pencapaian MYSA di dalam imbasan tahun 2022 dan mengucapkan penghargaan atas komitmen semua warga MYSA serta berharap agar dapat menjadi pendorong pada tahun ini. Beliau menyatakan peranan MYSA dalam pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 berada di landasan yang tepat dan menyeru semua warga MYSA untuk melaksanakannya dengan baik.
.
YBrs. Ketua Pengarah turut menekankan berkenaan fokus MYSA pada tahun 2023 iaitu meneruskan aktiviti yang dilaksanakan pada tahun lepas seperti penciptaan lima aplikasi baharu, meningkatkan lagi pengoperasian, kerjasama antarabangsa, penglibatan dalam pameran, persidangan dan sebagainya lagi.
.
Majlis turut diserikan dengan sesi penyampaian sijil penghargaan, sijil penyertaan ke sesi latihan dan sijil penyertaan pertandingan kepada kakitangan yang terlibat. Perhimpunan diakhiri dengan meraikan ulang tahun kelahiran warga MYSA pada bulan Januari.
.
 
Skip to content