MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN MYSA BAGI BULAN DISEMBER 2023
Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah berlangsung secara hibrid bertempat di Kompleks Operasi Angkasa (SOC), Temerloh, Pahang pada 8 Disember 2023 dan disempurnakan oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil Bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA bersama warga kerja MYSA.
.
YBrs. Ketua Pengarah MYSA dalam ucapannya berharap agar kecemerlangan yang diterima oleh MYSA apabila menerima pengikhtirafan dan penghargaan dari dalam dan luar negara akan menjadi dorongan untuk melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang. Beliau juga telah mengucapkan tahniah diatas beberapa kejayaan yang diterima oleh MYSA di peringkat Malaysia dan antarabangsa serta mengucapkan syabas diatas komitmen yang diberikan oleh staf MYSA.
.
Semasa majlis tersebut, YBrs. Ketua Pengarah MYSA telah menyampaikan surat penyiaran kenaikan pangkat, sijil penghargaan, sijil penyertaaan, dan sijil kepada pemenang- pemenang pertandingan.
Seterusnya YBrs. Ketua Pengarah MYSA telah melancarkan pertandingan ‘MYSA Biggest Loser’ anjuran Kelab Sukan & Sosial Agensi Angkasa Malaysia (MYSAC) yang sedang berlangsung sehingga 1 Mac 2024.
.
Majlis turut diserikan dengan sesi tayangan video montaj rangkuman aktiviti warga kerja MYSA sepanjang bulan Oktober dan November, tayangan video aktiviti warga kerja SOC sepanjang tahun 2023 dan video ucapan hari lahir staf MYSA bulan November dan Disember.
.
Skip to content