MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PERHIMPUNAN BULANAN MYSA BAGI BULAN SEPTEMBER 2023
Buat pertama kalinya Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) diadakan bersekali dengan Sesi libat Urus Cadangan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam bersama YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI. Majlis perhimpunan bulanan ini diadakan pada 8 September 2023 secara hibrid bertempat di Dewan Seminar, MYSA.
.
Turut hadir sama YBrs. Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam- Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) MOSTI.
.
Semasa majlis tersebut juga, YBhg. Datuk Ketua Setiausaha MOSTI telah menyampaikan sijil-sijil penyertaan dan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan.
.
Majlis diserikan dengan tayangan video aktiviti- aktiviti di MYSA sepanjang bulan Ogos 2023, tayangan video ucapan selamat hari lahir kepada warga MYSA pada bulan September 2023, nyanyian lagu kemerdekaan dan kibaran Jalur Gemilang.
.
Skip to content