MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah berlangsung secara hibrid pada 15 November 2022 dan disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Azlikamil Napiah, Ketua Pengarah MYSA bersama warga kerja Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
.
Antara intipati ucapan Ketua Pengarah MYSA ialah semua warga MYSA diminta untuk membuat perancangan untuk tahun 2023. Beliau juga berharap kemampuan teknologi pada hari ini, boleh dimanfaatkan oleh warga MYSA bagi menambah baik tugas yang akan dilaksanakan.
.
Semasa Perhimpunan Bulanan tersebut, beliau juga telah memberikan ucapan penghargaan diatas kejayaan MYSA dalam menganjurkan program-program sepanjang Minggu Sains Negara dan juga kepada warga MYSA yang terlibat semasa Bengkel Pemantapan Strategik di Port Dickson yang telah diadakan baru-baru ini.
.
Majlis turut diserikan dengan sesi penyampaian surat penyiaran pemangkuan, kenaikan pangkat, dan sijil-sijil penghargaan.
.
 
 
.
 
 
 
Skip to content