YBrs. Gs. Haji Azlikamil Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menyampaikan amanat tahun baharu kepada warga MYSA semasa Perhimpunan Bulanan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) yang diadakan pada 15 Januari 2024.
.
YBrs. Ketua Pengarah mengucapkan penghargaan atas komitmen semua warga MYSA bagi tahun 2023 dan turut menekankan fokus MYSA pada tahun 2024. Antaranya ialah Projek Pembangunan Satelit Penderiaan Jarak Jauh Negara (PSPJN), pembangunan tapak pelancar roket, pembangunan bandar angkasa, pembangunan hub perundangan angkasa dan sebagainya lagi. Beliau juga berharap agar keberadaan MYSA dapat lebih dikenali dengan mengamalkan budaya kerja luar biasa.