MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Perhimpunan Bulanan MYSA bagi Bulan Februari 2023
 
Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah berlangsung secara hibrid pada 28 Februari 2023 dan disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Azlikamil Napiah, Ketua Pengarah MYSA bersama warga kerja Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
.
Antara intipati ucapan Ketua Pengarah MYSA ialah semua warga kerja MYSA diminta sentiasa bersiap siaga dan mempunyai anjakan sikap yang lebih baik terhadap pekerjaan yang dilakukan. Selain itu, warga kerja MYSA diseru untuk melengkapkan pengetahuan dan hubung kait isu semasa dengan teknologi angkasa.
.
Semasa Perhimpunan Bulanan tersebut, beliau mengucapkan tahniah diatas kejayaan Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di antara MYSA dengan Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dan di antara MYSA dengan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak(JTSS) baru-baru ini.
.
YBrs. KP MYSA juga telah memberikan ucapan penghargaan diatas kejayaan Kelab Sukan dan Sosial Agensi Angkasa Malaysia (MYSAC) dalam menganjurkan Hari Keluarga MYSAC 2023 yang telah diadakan pada 25 Februari 2023.
.
Majlis turut diserikan dengan sesi penyampaian surat penyiaran kenaikan pangkat dan sijil-sijil penghargaan.
Skip to content