MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PERHIMPUNAN BULANAN MYSA BAGI BULAN APRIL 2023

YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menyampaikan amanat di Majlis Perhimpunan Bulanan yang diadakan secara hibrid pada 18 April 2023.
.
Dalam ucapannya, YBrs. Ketua Pengarah mengucapkan terima kasih kepada warga kerja MYSA dalam memberikan komitmen ketika bertugas dan berharap agar dapat mematuhi dasar-dasar kerajaan. Warga kerja MYSA juga diseru agar dapat memberikan komitmen sepenuhnya untuk menjayakan penglibatan MYSA dalam SpaceTech Nexus yang diadakan semasa LIMA’23. Antara aktiviti yang akan diadakan semasa SpaceTech Nexus ialah sesi menandatangai MoU, siri bilateral talks, forum yang akan dihadiri peserta dari dalam dan luar negara.
.
Di akhir ucapannya, YBrs. Ketua Pengarah mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Fitri dan berharap agar warga MYSA dapat pulang beraya di kampung dan kembali semula dengan selamat.
.
Majlis turut diserikan dengan sesi penyampaian sijil penghargaan, sijil penyertaan pertandingan, sesi sumbangan insentif kelab MYSA kepada anak-anak warga MYSA yang cemerlang, dan sumbangan kepada ahli keluarga warga MYSA yang telah meninggal dunia.
.
Perhimpunan diakhiri dengan tayangan video aktiviti dari Kelab MYSA, video ucapan selamat hari raya oleh warga kerja MYSA, bacaan doa bagi memberkati warga kerja MYSA yang akan pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri dan sesi bergambar.
.
#MYSA #MOSTI
#merakyatkansains #menginsankanteknologi

Skip to content