MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PERHIMPUNAN BULANAN MYSA BAGI BULAN MEI 2024
Pengumuman oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri pada 1 Mei 2024 di Sambutan Hari Pekerja 2024 mengenai kenaikan gaji penjawat awam lebih tinggi dari 13 peratus berkuat kuasa Disember nanti disambut baik. Kenaikan ini perlu disusuli dengan peningkatan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan untuk rakyat dan negara.
“Penghargaan dan pengiktirafan yang diberi menjadi pemangkin motivasi untuk kita melipatgandakan usaha melaksanakan 92 KPI, 15 strategi, 27 inisiatif dan 76 aktiviti utama seperti mana yang terkandung dalam Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030 atau Malaysia Space Exploration 2030 (MSE2030). Tekad, komitmen, dedikasi, kecekalan dan keyakinan seluruh warga MYSA amat diperlukan untuk kita bergerak bersama mencapai matlamat Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030),” kata YBrs. Encik Zuraimi bin Suleiman, Pengarah Bahagian Aplikasi Pengurusan Sumber mewakili YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) pada Majlis Perhimpunan Bulanan MYSA Mei 2024 di Dewan Seminar MYSA, 3 Mei 2024.
.
Turut berlangsung di majlis ini sesi pembentangan oleh Puan Marianne Jacinta Augustine, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, MYSA mengenai Surat Edaran JPA bertarikh 18 April 2024: Peningkatan Kualiti Penyampaian Perkhidmatan Yang Berintegriti. Penjawat awam perlu berpegang teguh kepada nilai-nilai murni yang diterjemahkan ke dalam bentuk komitmen, produktiviti dan inovasi dalam perkhidmatan awam. Ini termasuk penekanan terhadap pengurusan waktu bekerja yang berintegriti, pengurusan kaunter yang berkualiti dan peka pelanggan, penyampaian perkhidmatan yang berpaksikan rakyat (citizen centric) serta tanggungjawab Ketua Jabatan untuk mengemukakan laporan hasil lawatan mengejut kepada JPA pada bulan Jun dan Disember setiap tahun.
.
Sebagaimana lazim di majlis perhimpunan bulanan MYSA, rakaman ucapan takziah kepada warga MYSA yang telah kehilangan insan tercinta, tahniah kepada pegawai MYSA yang menerima cahaya mata, perkongsian maklumat sambutan hari jadi warga MYSA bulan Mei dan mengalu-alukan kedatangan pelajar latihan industri di MYSA.

 

Skip to content