MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PERHIMPUNAN BULANAN MYSA BAGI BULAN FEBRUARI 2024
“Kecemerlangan datang dengan pengetahuan dan kepakaran yang perlu diiringi dengan ketinggian kualiti peribadi diri meliputi integriti, nilai-nilai murni dan disiplin. Budaya cemerlang ini seterusnya perlu digarapkan dengan tindakan dan komunikasi yang strategik untuk hasil dan impak yang dapat memberi manfaat kepada rakyat dan negara”, ucap YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) semasa menyampaikan amanat di Majlis Perhimpunan Bulanan MYSA bagi bulan Februari 2024, bertempat di Kompleks Teknologi Angkasa (KTA), Banting, Selangor pada 26 Februari 2024.
.
YBrs. KP turut menekankan kerjasama merentas jabatan/agensi, berganding bahu dan tidak mengamalkan budaya kerja silo dalam usaha dan kegigihan kita untuk mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan bagi merealisasikan Dasar Angkasa Negara 2030.
.
Turut berlangsung, penyampaian Sijil penghargaan dari Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) atas penerimaan ganjaran pasukan Projek ICT bagi tahun 2023 di bawah program pemberian ganjaran Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam (KWAICT) untuk pembangunan Sistem Enviromental Health Risk Inventory (EHRI); penyerahan Sijil Pelantikan Penyelaras Zon bagi Perlaksanaan Sistem Pegawai Bertugas Harian, Pengurusan dan Pemantauan Keselamatan Fizikal MYSA; penyampaian Sijil Tamat Kursus Kesedaran Awam untuk Pasukan Keselamatan Kebakaran KTA dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Selangor dan penyampaian Plak Penghargaan dari Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat atas penglibatan MYSA dalam Program Lawatan Sambil Belajar (secara Berbasikal) di KTA.
.
Ucapan tahniah kepada Puan Norizan binti Abdul Patah, Pengarah Bahagian Penerimaan dan Pengedaran Data dan Cik Azmah binti Ali, Pengarah Bahagian Kejuruteraan dan Teknologi Angkasa atas pengurniaan pingat Kesatria Mangku Negara (K.M.N.).
.
Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Puan Siti Rohana binti Adi, Pegawai Penyelidik, Bahagian Penerimaan dan Pengedaran Data yang telah kembali ke rahmatullah pada 22 Januari lalu serta salam takziah kepada warga kerja MYSA yang turut kehilangan ahli keluarga tercinta.
.
Amanat diakhiri dengan YBrs. KP berkongsi tentang pentingnya penjagaan kesihatan untuk mencapai work life balance dalam kehidupan serta ucapan Salam Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Skip to content