MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PERHIMPUNAN BULANAN MYSA BAGI BULAN JUN PADA 12 JUN 2025
Perhimpunan bulanan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi bulan Jun telah berlangsung pada 12 Jun 2025, bertempat di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur. Majlis dimulakan dengan Amanat oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA yang menekankan beberapa perkara sebagai panduan kepada warga MYSA.
◾Peningkatan nilai diri berkembang melalui masa namun amat bergantung dengan sikap dan kesediaan untuk berubah serta berusaha untuk menjadi lebih baik. Sikap dan nilai yang baik ini penting supaya setiap program/aktiviti kerja memberi impak kepada organisasi, rakyat dan negara serta memberi impak pada diri sendiri – membentuk diri untuk cekal dan berdaya tahan mendepani cabaran.
◾Pendekatan pencegahan diutamakan berbanding tindakan selepas kejadian berlaku. Melalui penyediaan pelan jangkaan yang teliti, risiko dalam pelaksanaan tugasan dapat diminimumkan, sekali gus meningkatkan kecekapan dan kesiapsiagaan organisasi.
◾Sentiasa peka dan mengambil kira dasar serta polisi semasa yang berkuat kuasa sebagai panduan dalam dalam membuat pertimbangan dan melaksanakan tugasan secara bertanggungjawab.
.
Perhimpunan bulanan kali ini anjuran Bahagian Pembangunan ICT dan Geoinformatik (BITG) menyaksikan pelancaran dua sistem dalaman MYSA iaitu Sistem Helpdesk MYSA; dan Sistem Peta Nilai Tambah. Pembangunan sistem ini merupakan inisiatif pendigitalan sektor awam, End To End (E2E) bagi menggantikan proses manual sedia ada kepada sistem digital dalam talian sepenuhnya.
.
Turut diraikan pada majlis yang sama, penyampaian cenderamata kenang-kenangan daripada penganjur dan PUSPANITA MYSA kepada YBrs. Puan Azmah binti Ali, Pengarah Bahagian Kejuruteraan dan Teknologi Angkasa (BKT) MYSA yang akan bersara wajib pada 23 Jun 2025. Ucapan salam perpisahan yang disampaikan oleh beliau amat menyentuh hati. Rakaman penghargaan terima kasih atas khidmat bakti sepanjang bertugas dalam perkhidmatan awam bermula 1 September 1995. Kami mendoakan agar Puan Azmah dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan-Nya. Jasamu dikenang.
Skip to content