PERHIMPUNAN BULANAN BILANGAN 2 TAHUN 2021 AGENSI ANGKASA MALAYSIA (MYSA)

Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) Bil.2/2021 telah berlangsung secara dalam talian pada 10 Jun 2021 disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Azlikamil Napiah, Ketua Pengarah MYSA bersama warga kerja Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
.
Dalam ucapan amanatnya, Ketua Pengarah MYSA turut berkongsi harapan beliau agar warga MYSA terus memainkan peranan dengan mematuhi SOP seperti yang telah dikeluarkan kerajaan melalui MKN ataupun arahan dalaman yang melibatkan Kementerian dan Jabatan semasa tempoh PKP.
.
Ketua Pengarah MYSA turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada beberapa pegawai MYSA yang terlibat dalam membantu kerajaan melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dengan menjadi sukarelawan dan turut disampaikan juga penerima surat kenaikan pangkat kepada pegawai MYSA.
.
Diakhir ucapan, beliau juga mengingatkan kepada seluruh warga kerja MYSA supaya dapat menambahbaik proses kerja sedia ada bagi meningkatkan produktiviti agensi ke tahap yang lebih baik serta bekerja dengan bersungguh-sungguh dan berintegriti dalam melaksanakan tanggungjawab kerja dan amanah kepada rakyat.