MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PERHIMPUNAN BULANAN MYSA BAGI BULAN MAC 2024
Bertemakan Ihya Ramadan, Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) Mac 2024 telah berlangsung hari ini, 25 Mac 2024 bertempat di Dewan Seminar MYSA, Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur.
.
YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dalam perjumpaan kali ini menekankan betapa pentingnya untuk semua warga kerja MYSA mempunyai iltizam kerja yang tinggi lebih dari kebiasaan dan kesungguhan untuk meningkatkan kemahiran ‘observation’ terhadap persekitaran agar tindakan strategik dapat diambil berdasarkan situasi semasa.
.
Turut diraikan pada majlis ini, tiga (3) warga kerja MYSA yang bakal bersara pada tahun ini iaitu Encik Adnan bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan & Pembangunan); Encik Ahmad Kamel bin Abdul Ghani, Pegawai Penyelidik dan Encik Zainal bin Mahamuddin, Pengawal Keselamatan. Selamat menempuh alam persaraan. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan sejahtera.
.
Rakaman penghargaan kepada warga kerja MYSA yang telibat dalam Program Pengukuhan Tadbir Urus Sasaran Penting Kawasan Larangan dan Tempat Larangan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Selangor bersama Jawatankuasa Kecil Pemeriksaan Keselamatan Sasaran Penting Negeri Selangor Tahun 2024; Bengkel Jawatankuasa Kerja Mengkaji Ketersediaan Negara Menyertai Triti Angkasa; Bengkel Pengukuhan Kerja Berpasukan MOSTI dan Bengkel Pengenalan Sistem Maklumat Geografi (GIS) MYSA 2024. Tahniah semua atas penerimaan sijil penghargaan dan penyertaan.
Skip to content