MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN MYSA BAGI BULAN JULAI PADA 25 JULAI 2024
Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bulan Julai 2024 telah berlangsung di Kompleks Operasi Angkasa (SOC), Temerloh, Pahang pada 25 Julai 2024.
.
YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dalam amanatnya menekankan warga MYSA untuk sentiasa bersedia mendepani cabaran dengan meningkatkan ilmu dan kemahiran, membuat pembaharuan dengan berani meneroka kemungkinan, kos efektif dan keluar dari zon selesa. Warga MYSA turut diingatkan untuk menguruskan masa dengan baik, beretika semasa menggunakan media sosial, peka dan berhati-hati dengan jenayah scammer yang boleh menjejaskan reputasi diri, kerja dan keluarga.
Penyampaian sijil penghargaan kepada warga MYSA atas penglibatan dalam Program United Nations Office for Outer Space Affairs (UNOOSA) Space Law Technical Advisory Mission 2024 to Malaysia; Rakan Pintar kepada Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK); Program Nelayan Digital Siri 1 dan pencapaian 100% pembayaran dalam tempoh 0 – 7 hari bagi sukuan kedua.
Penyampaian sumbangan daripada Kelab Sukan dan Sosial Agensi Angkasa Malaysia (MYSAC) untuk anak-anak warga MYSA yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Sedekah Al-Fatihah kepada ahli keluarga Pegawai yang meninggal dunia
Makluman Pegawai Keluar Masuk
Makluman Pegawai menerima cahaya mata
Pegawai Bersara
Pelajar latihan praktikal
Sambutan Hari Lahir Warga MYSA & video aktiviti MYSA untuk Jun dan Julai 2024
Pelepasan ikan di kolam sebagai simbolik kepada program pemuliharaan kawasan paya di SOC