MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Satu sesi perbincangan teknikal bagi perancangan dan pelaksanaan kerjasama strategik di antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan pihak National Aeronautics and Space Administration (NASA) telah berlangsung pada 19 Julai 2022.

Perbincangan tertumpu kepada kerjasama teknikal dan pembangunan kepakaran khususnya melibatkan aktiviti pembangunan ‘New Scientific discovery and methodology’ serta aplikasi baharu berasaskan teknologi angkasa. Delegasi pakar teknikal NASA diketuai oleh Dr. Karen M. St. Germain, Pengarah Bahagian Sains Bumi, NASA. Semoga potensi kerjasama teknikal ini akan memberi peluang yang lebih luas kepada saintis tempatan meneroka ilmu dan penemuan baharu yang bermanfaat kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

 
 
Skip to content