MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Perbincangan Projek Kerjasama antara MYSA dan Pejabat Daerah & Tanah Dungun (PDTD) pada 17 Februari 2023
 
Satu perbincangan antara Pejabat Daerah & Tanah Dungun (PDTD) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah diadakan di ibu pejabat MYSA, KL pada 17 Februari 2023. Delegasi PDTD seramai 22 pegawai dan kakitangan serta diketuai sendiri oleh Pentadbir Tanah daerah, YBrs. Tuan Jusman Bin Ibrahim.
.
Kerjasama antara kedua-dua jabatan ini bermula setelah termeterainya Memorandum Persefahaman (MOU) pada 23 April 2019. Satu sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa iaitu Sistem Maklumat Pembangunan Tanah (SMPT) Dungun telah dibangunkan bagi membantu PDTD dalam penguatkuasaan dan pemantauan pembangunan tanah di daerah tersebut.
.
Perbincangan bertujuan untuk melihat status semasa pembangunan sistem SMPT, merancang aktiviti tahun 2023 serta membincangkan halatuju kerjasama.
.
Skip to content