MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK ANTARA MYSA DAN KEJORA PADA 2 JULAI 2024
Perbincangan mengenai kerjasama strategik antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Samsuddin bin Omar Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan), MYSA pada 2 Julai 2024 di ibu pejabat MYSA, Kuala Lumpur.
.
Sesi perbincangan memberi tumpuan kepada pembangunan dan pengoperasian sistem aplikasi teknologi angkasa di kawasan pentadbiran wilayah KEJORA yang melibatkan sektor pertanian, perikanan, pelancongan dan pembangunan.
.
Rombongan seramai 11 orang yang diketuai oleh YBrs. Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), KEJORA ini turut di bawa ke stesen kerja (work station) dan diberikan penerangan mengenai:
▪️Stesen Kerja Bahagian Data (Penerimaan dan Pengedaran Imej Satelit)
▪️Sistem Aplikasi MakGeoHidro (Telaga Air)
▪️Sistem MyMAFS (Pengurusan Pertanian)
▪️FMRS (Pemantauan Hutan)
▪️Sistem MyDOFGiS (Biosekuriti Perikanan)
▪️Sistem EHRI (Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran)
.
Terima kasih KEJORA sudi berkunjung MYSA. Moga ini membuka lebih ruang terhadap penerimagunaan teknologi angkasa untuk semua bagi manfaat negara dan kesejahteraan rakyat! 🌎🛰️🚀
Skip to content