MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PERBINCANGAN MEJA BULAT KETUA-KETUA AGENSI ANGKASA NEGARA RANTAU ASIA TENGGARA (HOSA) PADA 24 MEI 2023
24 Mei 2023- Perbincangan meja bulat Ketua-ketua Agensi Angkasa negara rantau Asia Tenggara atau π»π‘’π‘Žπ‘‘ π‘œπ‘“ π‘†π‘π‘Žπ‘π‘’ 𝐴𝑔𝑒𝑛𝑐𝑦 (HOSA) π‘…π‘œπ‘’π‘›π‘‘π‘‘π‘Žπ‘π‘™π‘’ diadakan pada sebelah pagi bagi membincangkan kerjasama serantau dalam aspek keselamatan dan kelestarian teknologi angkasa bertempat di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).
.
Sesi meja bulat ini diadakan secara hibrid dan telah dipengerusikan oleh YB. Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), manakala YBrs. Gs. Haji Azlikamil Bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) pula bertindak sebagai moderator semasa sesi tersebut.
.
Dengan tajuk πΈπ‘šπ‘π‘œπ‘€π‘’π‘Ÿπ‘šπ‘’π‘›π‘‘ π‘œπ‘“ π‘†π‘π‘Žπ‘π‘’ πΆπ‘œπ‘™π‘™π‘Žπ‘π‘œπ‘Ÿπ‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘› 𝑖𝑛 𝐴𝑆𝐸𝐴𝑁, HOSA π‘…π‘œπ‘’π‘›π‘‘π‘‘π‘Žπ‘π‘™π‘’ telah dihadiri oleh pemimpin-pemimpin agensi angkasa negara di rantau Asia Tenggara dalam usaha untuk mengukuhkan lagi jaringan kerjasama strategik sektor angkasa serantau. Wakil pemimpin dari 9 buah negara yang menyertai HOSA ialah Malaysia, Brunei, Cambodia, Indonesia, Filipina, Singapura, Timor Leste dan Vietnam.
.

Β 

Skip to content