MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PERASMIAN THE SPACE GENERATION ADVISORY COUNCIL ASIA PACIFIC (SGAC) PADA 25 MEI 2023
Pada sebelah petang pula, YB. Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan YBrs. Gs. Haji Azlikamil Bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah merasmikan The Space Generation Advisory Council Asia Pacific (SGAC) bertempat di Hotel Wings by Croske Resort Langkawi.
.
Program ini menghimpunkan pelajar dan profesional muda untuk membincangkan peluang dan cabaran sektor angkasa semasa dan akan datang. Objektif penganjurannya adalah untuk mempromosikan suara generasi peneraju angkasa lepas. Penyertaan terdiri daripada seramai 30 orang dari Malaysia, Singapura, Filipina, Pakistan, India dan Korea Selatan.
.
SGAC merupakan organisasi bukan kerajaan antarabangsa bertujuan untuk menghubungkan wakil pelajar universiti dan golongan muda profesional berumur di antara 18 – 35 tahun dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, agensi angkasa kebangsaan, pihak industri, dan ahli akademik.
.
Skip to content