MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PERASMIAN PERSIDANGAN SPACE ECONOMY REVOLUTION: TRENDS, TECHNOLOGIES AND STRATEGIES DI LIMA 2025 PADA 22 MEI 2025
YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di pentas LIMA2025 telah merasmikan persidangan angkasa Space Economy Revolution: Trends, Technologies and Strategies.
.
Menurut beliau, persidangan ini tepat pada masanya sebagai usaha untuk merealisasikan inisiatif angkasa sebagai sumber ekonomi baharu negara. Malaysia kini pada kedudukan strategik untuk menerajui ekonomi angkasa:
▪️Mempunyai dasar dan pelan tindakan yang strategik – Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030) dan Pelan Tindakan Malaysia Space Exploration 2030 (MSE2030).
▪️Penguatkuasaan penuh Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834] dan Peraturan-Peraturan Lembaga Angkasa Malaysia 2024 mulai 1 Januari 2025.
▪️Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit (AIT) di Kompleks Teknologi Angkasa, MYSA – makmal canggih untuk pengujian satelit.
▪️Kelebihan geografi Malaysia yang terletak berhampiran garisan khatulistiwa memberikan akses yang lebih baik ke angkasa lepas.
▪️Asas industri yang kukuh seperti industri Elektrik &Elektronik (E&E).
▪️Program sains dan teknologi angkasa di pelbagai institusi pendidikan tinggi negara – ketersediaan tenaga kerja tempatan.
▪️Kerjasama serantau negara ASEAN menerusi platform The Subcommittee on Space Technology and Applications (SCOSA).
.
Beliau turut menyaksikan pertukaran surat niat (LoI) antara UZMA Berhad dan Global Systemes Asia Sdn. Bhd.; SpaceIn Sdn. Bhd. dan Global Systemes Asia Sdn. Bhd.; Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ocullospace Sdn. Bhd.; Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA); serta MYSA dan Ocullospace Sdn. Bhd.
.
Hadir sama, YBhg. Dato’ Nonee Ashirin binti Dato’ Mohd Radzi, Penasihat Strategik, Global Exhibitions & Conferences Sdn. Bhd. (GEC); dan YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA.
……..
🌐Persidangan anjuran GEC Sdn. Bhd. ini telah berlangsung di Ballroom 1, Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi, Kedah, pada 22 Mei 2025.
🌐Persidangan menghimpunkan 150 peserta yang terdiri daripada pegawai kanan agensi angkasa lepas Asia Tenggara, pemain industri, akademia, Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan serta organisasi antarabangsa.
🌐Penyertaan dan penglibatan MYSA dalam persidangan ini jelas menunjukkan komitmen Kerajaan bagi memperkasa pembangunan kapasiti (capacity-building) pihak-pihak yang terlibat dalam sektor angkasa negara.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content