MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PERASMIAN KARNIVAL MINGGU SAINS NEGARA KEDAH DAN PELANCARAN MALAYSIA TECHLYMPICS 2023
Perasmian Karnival Minggu Sains Negara Kedah Dan Pelancaran Malaysia Techlympics 2023 telah diadakan di Dewan CRC, Kulim, Kedah pada 16 Julai 2023 dan telah disempurnakan oleh YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
.
Turut serta didalam majlis tersebut ialah wakil daripada Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) YBrs. Encik Samsuddin bin Omar, Pengarah Bahagian Pembangunan ICT dan Geoinformatik.
.
Penganjuran Minggu Sains Negara (MSN) pada tahun ini adalah bertujuan untuk membudayakan Sains, Teknologi danInovasi (STI) dalam kehidupan rakyat Malaysia. Justeru, untuk tahun ini, MOSTI dan agensi melaksanakan program MSN di seluruh negara melalui penganjuran karnival serta aktiviti dalam talian bagi menarik minat dan penyertaan masyarakat setempat.
Skip to content