MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PENYERTAAN MYSA DI 30TH SESSION OF ASIA-PACIFIC REGIONAL SPACE AGENCY FORUM (APRSAF-30) DI PERTH, AUSTRALIA PADA 25-29 NOVEMBER 2024

Penyertaan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di 30th Session of Asia-Pacific Regional Space Agency Forum (APRSAF-30) yang berlangsung pada 25 hingga 29 November 2024, bertempat di Perth, Australia. Delegasi MYSA diketuai oleh YBrs. Ts. Kamaruzzaman bin Wahid, Pengarah Bahagian Aplikasi Strategik, MYSA.

.
MYSA di APRSAF-30:
1️⃣Melaporkan perkembangan aktiviti sektor angkasa negara dalam Space Leaders’ Roundtable Meeting
3️⃣Menjadi ahli panel dalam forum Responsibilities in Space Sustainability
4️⃣Membuat pembentangan dan menyertai mesyuarat kumpulan kerja Space Policy Working Group (SPLWG) dan Space Frontiers Working Group (SFWG).
2️⃣Menyertai Mesyuarat kumpulan kerja bagi Satellite Applications for Societal Benefit Working Group (SAWG)
5️⃣Mesyuarat dua hala:
▪️MYSA dan Australian Space Agency (ASA)
▪️MYSA dan Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA)
6️⃣ Menyertai dan membentangkan laporan dalam Kibo-ABC Workshop
.
Agensi angkasa, badan kerajaan, organisasi antarabangsa, syarikat swasta, universiti dan institut penyelidikan dari lebih 40 negara dan wilayah telah mengambil bahagian dalam APRSAF yang merupakan persidangan berkaitan angkasa terbesar di rantau Asia-Pasifik.
.
Penglibatan aktif MYSA dalam APRSAF selaras dengan Teras 5 Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030) iaitu Meningkatkan dan Mengukuhkan Kerjasama serta Jaringan Antarabangsa. Ini dapat memberi ruang dan peluang kepada negara memberikan pandangan berkaitan pembangunan sektor angkasa dan cabaran, dialog kontemporari dalam tadbir urus angkasa dan aspek baharu yang muncul dalam ekosistem angkasa seperti pengkomersialan, perdagangan dan pembangunan industri berkaitan angkasa.
🌎🛰️🚀📡
 
Skip to content