Penyertaan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di 2nd Edition of the IAF Global Space Leaders Summit. YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA telah menyampaikan pernyataan yang bertemakan “Global Space Governance: Shaping the Future Together”.
.
Sesi IAF Global Space Leaders Summit adalah platform perjumpaan pemimpin-pemimpin sektor angkasa dari seluruh dunia untuk bertukar pandangan dan idea. Sesi ini adalah sebahagian daripada pengisian 76th International Astronautical Congress (IAC) 2025 yang sedang berlangsung di Sydney, Australia pada 29 September hingga 3 Oktober 2025.
.
IAC merupakan persidangan berkaitan sektor angkasa terbesar di dunia anjuran International Astronautical Federation (IAF) dan MYSA merupakan ahli IAF.