Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menyertai sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447H yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur pada 1 Muharam 1447H bersamaan 27 Jun 2025. Kontinjen MYSA diketuai oleh
YBrs. Encik Samsudin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah, (Penyelidikan dan Pembangunan) MYSA.
.
Tema “Membangun Ummah MADANI”, sambutan ini menyemarakkan semangat penghijrahan Rasulullah SAW sebagai titik tolak pembinaan ummah berakhlak, berilmu dan berdaya tahan. Hijrah, satu ajakan untuk kita terus memperbaiki diri dalam kehidupan, keluarga, kerjaya, organisasi, masyarakat dan negara.