MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PENYERTAAN MYSA DALAM BENGKEL APEC’S POLICY PARTNERSHIP FOR SCIENCE, TECHNOLOGY AND INNOVATION DI SANTIAGO, CHILE PADA 22 – 23 JANUARI 2026
Penyertaan Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dalam bengkel APEC’s Policy Partnership for Science, Technology and Innovation (PPSTI) anjuran Asia Pacific Economic Cooperation (APEC) bertempat di Universidad del Desarrollo, Santiago, Chile, pada 22 dan 23 Januari 2026.
▪️latihan hands-on penggunaan Platform DryViz bagi analisis cuaca, ramalan tempoh kering serta penilaian risiko kekurangan air.
▪️perkongsian pengetahuan daripada pegawai ekonomi APEC ( Indonesia, Filipina dan Peru) berkaitan kesan fenomena El Niño dan La Niña, khususnya kesan kejadian tempoh kering terhadap produktiviti tanaman, pengurusan sumber air dan keterjaminan makanan.
▪️penyertaan ini memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran teknikal dalam pembangunan aplikasi teknologi angkasa khususnya dalam bidang alam sekitar , di samping mengeratkan jaringan kolaborasi antarabangsa.
.
Usaha ini seiring dengan agenda 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧 𝐓𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐬𝐚𝐫 𝐀𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝟐𝟎𝟑𝟎: 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐩𝐚𝐜𝐞 𝐄𝐱𝐩𝐥𝐨𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝟐𝟎𝟑𝟎 (𝐌𝐒𝐄𝟐𝟎𝟑𝟎) di bawah Teras 3 iaitu Memacu Pembangunan Sains dan Teknologi Angkasa serta Membina Kepakaran.
 
Skip to content