PENYERAHAN SUMBANGAN MANGSA BANJIR MYSA

Satu majlis penyerahan sumbangan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kepada warga kerja Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) yang terkesan dengan bencana banjir telah berlangsung pada hari ini, 6 Januari 2022 (Khamis).
.
Penyerahan sumbangan ini telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Azlikamil Bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) kepada 16 orang penerima. Turut hadir sama Puan Nik Mazlina Binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal & Operasi) MYSA.
.
Semoga dengan adanya sumbangan ini, akan dapat meringankan lagi beban mangsa-mangsa yang terkesan akibat bencana banjir.
.
MYSA ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada MOSTI di atas sumbangan yang diberikan serta keprihatinan terhadap kebajikan agensi di bawahnya.
.

#MYSA #MOSTI
#BekerjaBersamaRakyat
#KeluargaMalaysia #KitaJagaKita #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa