Pengujian Gema Akustik merupakan ujian yang mensimulasikan getaran disebabkan oleh bunyi ekzos pesawat atau kenderaan pelancar. Fasiliti pengujian ini akan mensimulasikan persekitaran keamatan bunyi akustik tinggi yang akan dialami oleh struktur dan komponen satelit atau kapal angkasa ketika pelancaran.