Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit (AIT) di Kompleks Teknologi Angkasa, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah berjaya menerima akreditasi Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) daripada Jabatan Standard Malaysia pada 2 Oktober 2024. Akreditasi ini merangkumi skop untuk pengujian mekanikal dan elektromagnetik.
.
AIT merupakan π°π―π¦ π΄π΅π°π± π€π¦π―π΅π³π¦ bagi pembangunan dan pembinaan satelit serta menawarkan perkhidmatan pengujian yang turut dibuka kepada pihak industri. Kejayaan ini mencerminkan usaha berterusan MYSA dalam memastikan pengurusan kualiti yang terbaik dalam penyampaian perkhidmatan yang ditawarkan.